Sunday, 31 May 2015

PSS SK Gunong: Sambutan Bulan Kemerdekaan PSS 2014

PSS SK Gunong: Sambutan Bulan Kemerdekaan PSS 2014: Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kit...

Monday, 25 May 2015

Sambutan Hari Raya PSS 2014

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa. Majoriti kaum yang menyambut perayaan hari raya ini di Malaysia adalah kaum melayu. Umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal tahun Hijrah iaitu bulan ke sepuluh dalam Takwin Hijrah Islam. Ini menandakan berakhirnya bulan Ramadhan dimana umat Islam telah menjalani ibadah puasa dengan tekun selama sebulan. Umat Islam menyambut hari raya dari pagi hingga ke malam dan tempoh sambutan hari raya di Malaysia akan berterusan sehingga sebulan.

Pada 21 Ogos 2014 (Khamis) yang lalu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Gunong telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PSS yang melibatkan seluruh warga kerja dan pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS). Majlis yang bermula pada pukul 10.15 pagi dan pada awalnya dijangka berakhir pada pukul 10.40 pagi tetapi berakhir pada pukul 1.00 petang itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran semua warga Sekolah Kebangsaan Gunong.






















Sambutan Bulan Kemerdekaan PSS 2014

Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Perayaan ini disambut sebagai memperingati tarikh negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada hari tersebut, Jalur Gemilang akan dikibarkan di tempat-tempat tertentu. Antara tempat tersebut termasuklah pejabat,sekolah, rumah kediaman, kedai dan bangunan kerajaan.
Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Gunong telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan PSS pada 26 dan 28 Ogos 2014. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mereka cipta menggunakan bahan kitar semula seperti cawan kertas, penyedut minuman, kertas, dan kotak kosong. Pertandingan itu diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-57 bertemakan ‘Disini Lahirnya Sebuah Cinta’. Kelas yang terlibat adalah terdiri daripada murid kelas tahun 4 Amanah dan tahun 5 Amanah. Setiap kelas dibahagikan kepada 4 kumpulan.