Hari Raya Aidilfitri
merupakan perayaan yang disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia tidak
kira bangsa. Majoriti kaum yang menyambut perayaan hari raya ini di Malaysia
adalah kaum melayu. Umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
tahun Hijrah iaitu bulan ke sepuluh dalam Takwin Hijrah Islam. Ini menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan dimana umat Islam telah menjalani ibadah puasa
dengan tekun selama sebulan. Umat Islam menyambut hari raya dari pagi hingga ke
malam dan tempoh sambutan hari raya di Malaysia akan berterusan sehingga
sebulan.
Pada 21 Ogos 2014
(Khamis) yang lalu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Gunong telah mengadakan
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PSS yang melibatkan seluruh warga kerja
dan pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS). Majlis yang bermula pada pukul 10.15
pagi dan pada awalnya dijangka berakhir pada pukul 10.40 pagi tetapi berakhir
pada pukul 1.00 petang itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran semua warga
Sekolah Kebangsaan Gunong.
No comments:
Post a Comment